Monday 7 November 2011

Tips muka cerah, muda gebu.

Ni saya ambil petua yang diamalkan oleh kak Badiah Lai. Saya pasti mesti aadaa antara korang yang kenal dia. Saya jarang update blog, sebab setiap kali mesti ada saja kekangan .


Saya pernah amalkan memang berkesan  tapi saya  tidak lakukan secara konsisten. sebab tu la kurang berkesan pada saya.Oleh itu saranan saya ialah konsisten dalam mengamalkan tips ini
Ingat "Konsisten make us perfect"



 Ni lah hasilnya...

-Kulit sensitif, jerawat dan berparut.

1.Jangan memakai pencuci muka yang berkimia kerana menambahkan lagi kerossakkan pada muka. Pilih lah yang dihasilkan daripada herba atau susu yang asli. Susu dapat seimbang kelembapan kulit kita.
      
2.Ambil putih telur, penyekkan buah tomato and campur sekali. Sapu pada muka pada waktu malam at least 2 kali seminggu. Yang pasti memang jerawat mula berkurang. Scar pon mula hilang.Berasa tegang dan gebu. Memang seronok la waktu tu. Macam nak buat tiap2 hari. Tapi dok ingat kot telur je lah habis sebabkerap sangat pakai.

3.Mesti korang pernah dengarkan petua orang dulu2 minum air selepas bangun tidur. Jangan gosok gigi atau kumur sebelum minum air. Kalau nak diikutkan macam minum air liur basi yang dah diperam semalaman. Tapi memang ubat tak semuanya manis. Kadang 2 masam macam air liur basi kita.

4.Amalkan memakan ulam2. Saya pon tak tahu la kenapa tak smua orang suka makan ulam dan sayur. Ia baik sangat untuk luaran dan dalaman kita. Kalau nak cantik memang kena berkorban la jugak.

5.Elakkan kulit daripada terkena direct sun. Pakailah krim yang dapat melindungi kulit kita .Contohnya krim Safi.

6.Satu petua dari turun temurun ialah berwuduk. Amalan ini amat sesuai. Setengah kita rasa kulit dah tak lih nak putih. Memang tu anugerah Allah. Tapi tak bermakna kita boleh sia2 kan ia saja.Dengan berwuduk muka akan kelihatan berseri. Tapi niat tu kerana Allah. Jangan kita kejar dunia saja.Sebab Allah tak menilai seseorang dari rupa paras, tetapi ketaqwaan. Ingat di syurga kita boleh dapat apa saja yang kita inginkan.Bahkan bidadari yang terhodoh di syurga umpama  perempuan yang tercantik di dunia .

7.jangan sesekali korang basuh muka korang ditengah2 cuaca yang sangat panas..or korang baru balik jalan2 and korang rasa sangat panas muke korang, so korang basuh.DONT! itu akan buat kulit korang cepat berkedut, seakan hangus dan terbakar, akan menggelapkan kulit korang. so, make sure, korang biarkan dulu sekejap, hingga rasa panas kat muke ilang, or basuh muke di dalam suhu yang sederhana..

8.Basuh muka dengan air suam sebelum tidor. sebaik nya selawat dahulu. Amalkanlah baca bismillah di setiap permulaan sesuatu perbuatan. Ia akan memudahkan kita. So, tak ada masalah, muka ceria, kedut tiada. : )

Selamat mencuba.
INGAT SETIAP BENDA ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH. gunalah untuk jalan yang baik.